Nafkah batin seorang suami dan isteri.
Perlu merangkumi aspek emosi, perasaan dan juga kehendak seksual.
Bukan nafkah batin sebelah pihak sahaja.
Malah kedua dua nya.
Bukan seksual semata tapi keintiman yang dibina bersama 😊
Kalau lah nafkah batin adalah tentang kehendak seksual,
Masakan ada suami yang berkecil hati bila si isteri tidak pernah memahami tugasan kerjaya nya.
Masakan juga ada isteri yang mengalami kemurungan akibat suami tidak membantu dalam tugasan rumah nya.
Masing masing punya hak yang perlu dipenuhi.
Sepanjang proses perkahwinan, Faiqah banyak juga ke ceramah / seminar dan membaca seberapa banyak buku berkenaan perkahwinan. Rata rata tidak langsung menyentuh tentang hak seksual. Sebab kebiasaan pasangan suami isteri sudah mahir bab yang ini.
Cuma bahagian yang lain masih lompong.
Dipetik daripada pengisian seminar yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew & Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofre di Siri Keluarga Sunnah dan juga pembacaan sendiri
🌸Tips untuk mendapat keluarga yang bahagia dan hubungan suami isteri kekal keintiman.
1- Niat perkahwinan sentiasa diperbaharui.
Kalau dahulu sekadar kahwin sebab suka sama suka/keluarga jodohkan/ dah sampai usia untuk kahwin.
Kali ini perlu bersungguh meletakkan niat berkahwin kerana Allah . Untuk mendapat redha Allah dan untuk melengkapkan sebahagian daripada agama mengikut sunnah Rasulullah.
Matlamat perkahwinan itu perlu jelas untuk mencapai syurga Allah.
Bukan sekadar menunjukkan kemesraan di media sosial, tapi untuk merasakan sakinah, mawaddah, rahmah dan barakah dalam perkahwinan.
2- Wujudkan kasih sayang.
Selalu nyatakan perasaan, “i love u”, “i miss u”.
Selalu peluk, dukung, bergurau dengan pasangan tanpa rasa segan dan hilangkan perasaan menganggap pasangan adalah “stranger”.
Selalu ucapkan “terima kasih” setiap kali pasangan membantu. Hatta membantu membawa segelas air.
Selalu ucapkan “tolong” setiap kali meminta pasangan berbuat sesuatu. Hatta sekadar buka kan pintu.
Selalu ucapkan “maaf” setiap kali bertelingkah dan tidak sefahaman. Hatta berselisih pendapat yang kecil.
Selalu meraikan hobi/minat pasangan. Terutama minat yang bermanfaat. Seperti pasangan yang minat jogging atau membaca. Lebih baik kalau wujudkan hobi yang bermanfaat bersama.
Selalu ada “our time” / “dating” sekurangnya sebulan sekali, untuk berduaan, serta ada sesi heart to heart.
Selalu menyambut hari sejarah bersama. Contohnya suami naik pangkat , hari ulang tahun etc. Meraikan secara sederhana pun sudah memadai.
Manusia yang cinta akan Allah, perlu perbaiki hubungan dengan makhluk ciptaanya juga. Terutama hubungan sesama pasangan.
3- Lazimkan solat jemaah di rumah.
Solat lima waktu fardhu bagi lelaki wajib dilakukan di Masjid/Surau (melainkan ada keuzuran)
Isteri perlu mengalakkan suami solat di masjid. Tetapi solat sunat boleh berjemaah bersama pasangan dirumah.
Sentiasa jaga solat awal waktu dan kejutkan pasangan untuk lazimi qiamulail.
Seminggu sekali boleh bersama sama suami isteri berjemaah di surau/masjid.
4- Wujudkan suasana rumah yang ingat mengingati, belajar, mengajar, zikir dan beribadah.
Boleh cari satu rutin untuk dibuat bersama secara harian, mingguan dan bulanan.
Contohnya bertilawah Al Quran, tadabbur tasmiq hafazan, dan perbaiki bacaan.
Lakukan usrah bersama dengan mengupas tentang sirah, fiqh dan sebagainya.
Selalu lazimi melakukan ibadah bersama.
Bukan sekadar hiburan dibuat bersama.
5- Selalu upgrade diri dengan ilmu.
Kadang yang membezakan setiap manusia adalah ilmu.
Penting dalam perkahwinan untuk ada ilmu perkahwinan, ilmu memahami pasangan, ilmu keibubapaan, ilmu ilmu agama dan lain lain.
Yang membentuk fikrah manusia ini adalah ilmu.
Ada waktu, hal yang satu ini ilmu suami terlalu rendah.
Ada waktu, hal yang itu ilmu isteri terlalu rendah.
Jadi, sama sama perlu bantu top up kan.
Lebih baik kalau sepakat untuk upgrade ilmu bersama. Supaya fikrah itu selari. Tidak lah seorang punya prinsip A, seorang lagi prinsip B.
Dan selalu rendahkan ego.
Jangan pernah merasakan kita lebih bijak/lebih pandai/lebih bagus daripada pasangan.
Selalu beri tunjuk ajar dan latih pasangan untuk turut tahu serta aplikasikan sesuatu ilmu.
6. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Slogan yang sinonim digunakan apabila dikaitkan tentang kerjasama. Sebaiknya pasangan suami isteri ini membahagi tugas sebaiknya.
Tak kira lah suami isteri masing masing bekerja atau salah seorang berada di rumah.
Nak merasakan harmoni dalam rumahtangga itu lebih baik jika tugas dapat dilakukan bersama.
Masak bersama, cuci atau sidai pakaian bersama.
Atau boleh juga bahagi tugas, si suami buat proses melipat baju, isteri masak di dapur.
Aktiviti yang dibuat bersama dan bertoleransi ini lebih mengeratkan hubungan, dan tenaga juga dapat disalurkan dengan baik dan efisyen.
Tidak ada yang bermasam muka, tidak ada satu pihak saja kerah tenaga, satu pihak duduk sahaja.
Perkahwinan ini jadikan sebagai medan memberi .
Banyakkan memberi daripada menerima.
InsyaAllah lebih merasa kan tenang dan bahagia
😊
Cukup lah 6 tips ini.
Ini pun mungkin rasa susah dan sukar untuk laksanakan. Rasa bahagia suami isteri ini tidak boleh datang dari satu pihak. Perlu bergerak dalam pasukan.
Berusahalah untuk meperbaiki kekurangan dan mengoptimakan kelebihan.
Selamat bercinta dan dicintai. Buat lah secara perlahan dan mudah mudahan bertumbuh rasa kecintaan sesama pasangan.😊😊
No comments:
Post a Comment