Thursday, 27 September 2018

Doa harian Fatin di tempat kerja

Bismillahirahmanirrahim..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunilah segala dosa-dosaku. Permudahkanlah seluruh urusanku pada hari ini.. Berilah aku ketenangan, kekuatan (spiritual, mental & fizikal), kesabaran, keyakinan, kebijaksanaan, kepantasan & kecekapan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sbg hambaMu dan KhalifahMu dgn sebaik-baiknya sehingga selesai. Begitu juga untuk suamiku, anak-anak kami, kedua-dua ibubapa kami, adik beradik kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Kurniakanlah kami ilham agar kami dapat menjalankan kerja dengan produktif dan berkualiti, diberikan kejayaan dalam pekerjaan kami, keberkatan yang dapat memberikan kebaikan dunia & akhirat. Ampunilah dan permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik pengurus alam.. Hanya kepadaMu aku berserah..
Aminn Yarabbal alamin..

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...