ANAK PUNYAI POTENSI BESAR, PERCAYALAH IBU AYAH
.
Ada ramai anak belum sampai masanya untuk tunjukkan atau keluarkan potensi besar dia, sebab otaknya belum cukup sedia dengan input di bahagian tertentu (contoh membaca, perlu satu stimulasi amat optimum di bahagian otak membaca).
.
Namun ketahuilah ibu ayah, bila tekanan emosi diberikan,
.
Anak akan jauh lebih lambat untuk capai tahap ini.
.
Persekitaran akan membantutkan pertumbuhan sel otak berhubung ini.
.
Persekitaran termasuk makanan, rangsangan fizikal otak, badan, dan juga jangan lupa emosi.
.
Emosi amat penting. Emosi gembira dan rasa berjaya.
.
☑ Banyakkan pujian kepada si anak, dan kurangkan ancaman atau kritikan kepadanya.
.
☑ Fokus / highlight kepada kelebihan dia sahaja, sambil selitkan bahagian yang dia kurang.
Contoh: Abang lari kuat, dan pantas macam kuda berlari kencang.
.
Bila abang rajin berlatih menulis, nanti abang akan pantas membaca juga macam kawan kawan abang. Ayah percaya abang boleh!.
.
☑ Ia terselit sahaja selepas ayat pujian kelebihan dia yang sebenar.
☑ Anak akan terasa juga sedikit bab kaitan kebolehan unik dia dengan kekurangan dia.
☑ InsyaAllah lelama dia sendiri akan termotivasi untuk membangunkan dirinya
.
.
Maznah Ibrahim.
No comments:
Post a Comment