Friday, 10 April 2020

Tips Praktis untuk Memasukkan Kebiasaan Berpuasa ke dalam aktiviti Rutin Anda

1) Putuskan untuk berpuasa sunat pada setiap Isnin & Khamis, atau
2) Berpuasa 3 hari di pertengahan bulan sebagaimana saranan Rasulullah saw. Ia juga dipanggil 3 hari Putih iaitu pada 13, 14 dan 15 setiap bulan tahun Hijrah. Cetak terlebih dahulu kalendar Islam utk 6 bulan ke hadapan dan tanda tarikh-tarikh pada kalendar Masihi agar menjadi pengingat agar anda dapat berpuasa.

Pada hari-hari puasa tersebut, pilihlah 3 tugas paling sulit yang anda ingin selesaikan sambil menjalankan ibadah puasa. Luangkan beberapa jam pertama setiap hari untuk mengerjakan tugas-tugas tersebut. Ini akan mendorong anda untuk tetap produktif pada hari-hari lain kerana anda merasa terlibat dan terinspirasi, inshaaAllah.

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...