Monday, 27 April 2020

Nasihat Ustaz Pahrol Juoi utk Ibu

Hari ini ibu nak kongsikan kepada anak2 yg ibu sayangi - Abg Faaz, Kak Maira & Hana..
Yang ujian yg kita terima sebenarnya semua dari Allah swt. Bergantung haraplah hanya kepada Allah swt.

Anak2 yg ibu sayangi, dalam kehidupan yang singkat ini.. Bykkanlah bersabar ya..
Letakkan Allah swt yg paling utama dlm hidup kita.

Ibu telah melalui pelbagai ujian di tempat kerja dan dalam kehidupan ibu..
Ibu tahu, dalam mengukuhkan kebergantungan kita kpdNya, kita akan selalu dihentam dgn ujian demi ujian. Maka bersabarlah sayang.. Satu hari kelak, anak2 ibu semua akan merasa manisnya sabar di dunia ini. Dan yang paling utama, dgn bersabar, kita akan mendapat redha Allah dan pulang ke SyurgaNya.

Ibu telah melalui byk episod kedukaan dan ujian dlm hidup ibu. Antara nasihat yg ibu pernah terima ialah dr Ustaz Pahrol Mohd Juoi:-

Assalamualaikum. Kerenah fi tempat kerja memang tidak akan habis. Itu ujian. Dalam menghadapi ujian, jgn lihat ujian dan siapa yang menjadi sebab pada ujian...tetapi lihat SIAPA di sebalik ujian itu. Bukankah Allah? Maka bersabarlah, dengan bersangka baik...di sebalik kepahitan ada kemanisan dan pengubatan. Allah nak hapuskan dosa kita melalui ujian. Bukankah kita banyak dosa? Jika boss minta buat kerja di luar waktu bekerja, itu satu yang salah. Melainkan kalau secara overtime dengan ganjaran. Jangan campur aduk antara tugas peribadi dan organisasi. Wallahualam


Semoga ia menjadi teladan untuk anak-anak ibu sayang..

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...