Masya Allah, selama baca Al-Kahfi hari Jumaat, baru sekarang faham mesej Allah yang satu ini. Mesej yang tepat menuju ke diri sendiri.
Bahkan jadi satu senjata penting untuk elak fitnah akhir zaman.
Apa mesejnya?
Cuba tengok ayat ke-6.
Terjemahannya :
"Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini."
Apa yang kita faham melalui ayat ini? Cuba baca berkali-kali.
Tuan Fazrul Ismail bagitahu, ayat ini mengajak kita supaya KEKAL BERIMAN bila berlaku sesuatu. KAWAL PERASAAN. Jangan EXTREME.
Contohnya, anak taknak belajar Quran, kita sedih sangat-sangat (extreme/melampau). Aku bukan ibu yang baik. Aku tak layak ada anak yang suka baca Quran.
Contoh lain, orang pandang hina pada kita, kata macam-macam. Surirumah tak bergaji. Tak pandai jaga anak. Anak kurus tak dibagi makan etc etc.
Asyik memikirkan sampai jadi murung, down. Rasa diri ini tak berguna.
KAWAL PERASAAN. KEKAL BERIMAN.
Bukan tak boleh sedih, kecewa atau marah. Sekadarnya sahaja. DOA pada Allah. Buat TINDAKAN. Bukan melayan perasaan.
Beliau bagitahu lagi, Dajjal senang mempengaruhi orang-orang yang MELAMPAU dengan perasaan.
Itulah antara hikmah pesan Rasulullah saw supaya baca Surah Al-Kahfi untuk elak fitnah Dajjal.
Saya belajar sesuatu. Elak fitnah Dajjal ini
bukan sekadar BACA sahaja, tetapi FAHAM mesej (TADABBUR) dan ambil pengajaran serta tindakan (TAZAKKUR).
Dapat tak pointnya?
Kalau ada yang saya silap, mohon teguran.
Kalau rasa bermanfaat, tekan butang SHARE supaya lebih ramai dapat manfaatnya.
#SyahirahZulkifli
#QuranManualKehidupan
No comments:
Post a Comment