Sunday, 25 February 2018

Mahjura

RAMAINYA GOLONGAN MAHJURA

Firman Allah Taala :

وَقَالَ الرَّسُوْلُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوْا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوْرًا

artinya : "Berkata Rasululullah : Wahai Tuhanku. Seseungguhnya kaumku telah menjadikan akan Al-Quran ini sebagai mahjura." (Al-Furqan : 30)

Para ulama menjelaskan makna 'mahjura' dalam ayat di atas ialah terhalang atau meninggalkan yakni terhalang dari membaca dan mengimani Al-Quran dan meninggalkan Al-Quran kerana merasakan tidak penting lalu memilih urusan lain mengikut selera mereka.

Berkata Imam Ibnu Kathir yng bermaksud :

"Termasuk dalam pengertian mahjura ialah orang yang tidak memperdulikan al-Quran dan mengenepikannya lalu berpaling kepada perkara lain seperti membaca syair, perkataan rekaan manusia, nyanyian dan lagu, alat permianan, cerita penglipur lara dan perkara yang bukan daripada Al-Quran."

Betapa ruginya orang-orang yang mengaku Islam tetapi tidak memberi masa untuk Al-Quran. Hidupnya seharian hanya disibukkan dengan hobi, bermain, bersukan, nyanyian, hiburan, filem, novel-novel yang tidak berfaedah. Mereka lebih memberi tumpuan pasukan mana yang akan menang bersukan, siapa yang akan menang pertandingan menyanyi, filem mana yang paling seronok ditonton dan sebagainya.

Ini semua adalah hasil usaha yang tak mengenal penat para musuh Islam untuk melihat Islam hancur dengan cara menjauhkan umat Islam dari memahami kitab suci mereka sendiri.

Firman Allah :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لاَ تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْءَانِ وَالْغَوْا فِيهِ

artinya : "Orang-orang kafir berkata : Janganlah kamu semua mendengar akan al-Quran itu dan dan buatlah sesuatu yang lagha padanya." (Al-Fusilat : 26)

Semuga kita semua bangkit dan sedar atas kelalaian dan perdaya musuh-musuh Islam terhadap kita marilah kita rebut kelebihan yang Allah janjikan kepada siapa yang beriman dan beramal dengan al-Auran di akhirat nanti.

Daripada menghabiskan masa berebut mahkota kejuaraan lagu terbaik, pasukan terbaik, penyanyi terbaik dan pelakun terbaik alangkah baik kita rebut mahkota yang Allah janjikan kepada orang-orang yang membaca dan mengamalkan Al-Quran.

Daripada Mu’az bin Anas al-Juhaniy r.a sungguhnya Nabi saw telah bersabda :

مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ ، أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَاجًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، ضَوْءُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ ، فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهَذَا

artinya : "Siapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengannya maka akan dipakaikan kepada dua ibu bapanya akan mahkota pada hari kiamat. Sinarnya lebih terang daripada sinar matahari pada rumah-rumah kamu pada dunia. Bagaimana sangkaan kamu dengan balasan bagi yang membaca Al-Quran itu sendiri?" (Hadith Abu Daud)

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...