*Cara Mendidik Anak Tanpa Marah*
_Kepatuhan dengan bimbingan._
1st step: Berikan perintah kepada anak berupa hal-hal ringan, mudah & tidak memerlukan banyak waktu untuk mengerjakannya (< 15 saat). cth: letak cawan atas meja/ambil bola di lantai/ ambilkan garam.
2nd step: Apabila anak terus melaksanakan perintah anda, berikan ucapan terima kasih atas kepatuhannya. Tetapi berhati-hatilah, jangan berlebihan dalam memuji. Anda boleh ucapkan, "Semoga Allah menyanyangimu". Jika anak anda menolak melaksanakan perintah, anda harus ke 3rd step.
3rd step: Apabila anak anda tidak mematuhi perintah dalam waktu 5 saat, maka anda harus membimbingnya secara lansung mengerjakan perintah. Ulangi perintah dengan ayat & intonasi yang sama sebelum itu. Contohnya, "Khalid, tolong ambilkan garam". Kemudian, dekatilah anak itu, peganglah tangannya, lalu bimbinglah dia menjalankan perintah. Contohnya, ajaklah anak menuju ke tempat garam, tuntun tangannya untuk memegang, lalu arahkan dia membawa garam tersebut berjalan menuju tempat anda memberikan perintah.
4th step: Setelah anda membantu secara lansung anak anda untuk melakukan perintah, pujilah & ucapkan terima kasih kepadanya.
Disini, anak akan memahami 2 perkara:
1. Anak harus patuh kepada ibu bapa. Jika anak tidak menurut perintah, dia akan mengerjakan perintah dengan paksaan.
2. Apabila anak memilih untuk patuh, maka dia tidak berasa untuk dipaksai.
Peraturan penerapan konsep ini:
1. Berikan perintah dengan menggunakan 4 steps di atas. Anda harus komitmen dalam memberikan 5, 10 hingga 20 perintah dalam sehari. *Perintah harus sesuai dengan kemampuan anak*.
2. Anggaran jarak antara 2 perintah adalah sekitar 10-15 minit atau 1 hingga 2 jam.
3. Konsep ini boleh diterapkan pada anak berusia 3-9 tahun. Disarankan tidak diterapkan konsep ini pada anak berumur 15 tahun kerana dia akan menolak dan menentang.
4.Pastikan diri ibu bapa tenang & santai sepanjang menerapkan konsep ini. Hindari teriakan, berkata kasar & pukulan.
Sumber: Mendidik Anak Tanpa Marah. (Abdullah Muhammad Abdul Mu'thi)
No comments:
Post a Comment