Wednesday, 21 February 2018

Tadabbur Al Kahfi

Ringkasan  tadabur surah Al Khafi ayat 1-10 semalam utk yg x dpt hadir oleh Utz awesome lg hensem.

Sabda Nabi SAW “ Barang siap yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Khafi dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah Dajjal”

Kenapa perlu 10 ayat terawal?  10 ayat awal akan menjadi pedoman kepada kita.

10 key point ayat 1-10
1. Istiqamah dgn nas Al Quran
- Segala puji bagi Allah yg menurunkan kitab kpd nabi dan hambanya iaitu Al Quran yg tiada berselisihan pendapat.

2. Jelas membezakan kebenaran & kebathilan.
- Allah mengingatkan fungsi Al Quran sebagai jurang antara benar & bathil.

3. Jangan jadi sekuler
- Membezakan dunia & akhirat.  Selepas akhirat akan ada perhitungan.  Mereka kekal selamanya didlm syurga atau neraka.

4. Kenali & waspada dgn musuh Allah
- Al quran ini mengancam org2 Yahudi & nasrani
-
5. Proksi zoinis & kejahilan
- Mereka sama sekali tiada ilmu & apa yg dikatakan adalah dusta

6. Fithnah & propaganda
- Propaganda yg mereka buat boleh mengawal minda.  Utk kuatkan iman selalu solat tahajud, baca surah Muzammil & baca quran dgn tartil.

7. Sesatnya ajaran materialisma
- Jangan syg kpd dunia kerana akan menyebabkan kita cinta kpd dunia .  Dunia ini adalah ujian bagi org2 yg beramal utk akhirat

8.  Fatamorgana
- Apa yg kita kejar di dunia tidak akan kekal.  Siapa yg kejar akhirat in sha Allah akan dapat dunia

9. Jangan mudah terpengaruh
- Cerita pemuda2 Al Khafi adalah satu peristiwa tentang kekuasaan Allah yg sangat mengnajubkan.  Agar cekal menjadi jati diri

10. Doa menghadapi  islamophobia.
- Allah mengajar doa utk mendapat Rahmat serta petunjuk yg betul kepada kita.

No comments:

Post a Comment

Secebis Pesanan untuk Anak-Anak Ibu

Buat anak-anak yang Ibu dikasihi, Abg Faaz Mikael⁩, Kak Leen Humaira⁩ & Hana Sofea… Tidaklah Ibu melahirkanmu dengan niat untuk menjadik...