*Lapangan Terbang dan Pertanyaan Non-Muslim “Kenapa Azan Mesti Kuat?”*
Oleh
M. Sholich Mubarok
Dec 8, 2016
Mengapa azan mesti dikumandangkan dengan kuat? Pakai speaker pula. Apa tidak mengganggu orang lain yang bukan muslim?
Ada sebuah cerita menarik yang diceritakan oleh seorang sahabat melalui aplikasi perbincangan di grup WhatsApp. Kisahnya adalah seperti berikut.
***
Teman saya, yang kebetulan non muslim, bertanya kepada saya, “Kenapa azan mesti dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula?”.
Saya yang bukan ahli agama kemudian berfikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna beliau, menjawab seperti ini, “Bro, azan itu adalah panggilan solat, pasti panggilan tidak mungkin dilakukan dengan cara bercakap atau berbisik-bisik”.
Teman saya membalas, “Tapi kan orang-orang di sekeliling tidak semuanya muslim?”.
Saya jawab lagi, “Benar. Bro, kita sekarang sedang berada di lapangan terbang, kita selalu mendengar panggilan menaiki pesawat melalui announcement kan? Apakah saudara juga akan mempersoalkan pihak lapangan terbang mengapa melakukan panggilan menaiki pesawat YANG LAIN dengan kuat padahal bukan panggilan pesawat yang kita nak naik?”
Dia tersenyum namun membalas lagi, “Tapi kan hari ini semua orang sudah tahu dengan teknologi jam berapa waktu solat, apa masih perlu azan dengan kuat?”
Saya pun kemudian menjawab, “Ya, setiap penumpang juga kan sudah tau jadual penerbangan masing2 sejak menempah dan memegang tiket, kemudian check-in, sudah tercetak jadual keberangkatan di pas masuk, sudah masuk ruang tunggu, tapi pihak lapangan terbang masih tetap melakukan panggilan menaiki pesawat bukan?
Dan ada satu hal lagi mengapa azan mesti dikumandangkan, bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tetapi sebenarnya panggilan untuk menunaikan solat, kerana kami mesti solat dengan segera bila masuk waktu.
Sama halnya semua penumpang harus menyegerakan masuk pesawat setelah panggilan menaiki pesawat, walaupun masih ada waktu naik pesawat sampai pesawat ditutup pintu”.
Kali ini senyumannya bertambah lebar, lalu dia separa peluk aku sambil menepuk-nepuk bahuku dan berkata “superb got it bro" 👍
No comments:
Post a Comment